Sunday, 5 August 2012

TEROMBA

DEFINISI


    Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya.



FUNGSI

  • MEMBERI PANDUAN DAN PENDIDIKAN TENTANG CARA HIDUP.
  • CARA HIDUP BERMASYARAKAT.
  • MEMBERITAHU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
  • MEMBERITAHU KEUTAMAAN PANGKAT
  • MEMBENTUK DAN MEMBINA MASYARAKAT YANG HARMONI


CIRI-CIRI

  • Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
  • Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  • Rima akhir teromba adalah tidak tetap
  • Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris, contoh:Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa.

  •              Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.
  • ·         Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat
·         Rangkap teromba :
Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.

  • ·         Jumlah perkataan sebaris :
                Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris

  • ·         Jumlah suku kata sebaris :
                jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga 4                  
        
 CONTOH
   
     Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.


Adat dipakai baru,
Kain dipakai usang.


Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang.


Lembaga berlingkungan,
Undang kelintasan.


Duduk meraut ranjau,
Tegak meninjau jarah.









    Wednesday, 25 July 2012

    MANTERA

    DEFINISI


     Mantra adalah rangkaian kata yang mengandung rima dan irama yang dianggap mengandung kekuatan gaib. Mantra biasanya diucapkan oleh seorang dukun atau pawang untuk melawan atau menandingi kekuatan gaib lainnya. 
       Namun, hakikat mantra itu sendiri adalah doa yang diucapkan oleh seorang pawang dalam keadaan trance ‘kerasukan’. 
       Di dalam mantra yang penting bukan makna kata demi kata, melainkan kekuatan bunyi yang bersifat sugestif.





    CIRI-CIRI


    DARI SEGI BENTUK:



    • BENTUK BEBAS ATAU TIDAK TERIKAT
    • JUMLAH BARIS DALAM SATU RANGKAP ADALAH BEBAS/TIDAK TETAP
    • JUMLAH RANGKAP BAGI SATU-SATU MANTERA JUGA ADALAH BEBAS
    • RIMA AKHIR BARIS ADALAH BEBAS IAITU TIDAK ADA SKEMA RIMA YANG TERTENTU

    DARI SEGI ISI:


    • MENGANDUNGI PENGUCAPAN DAN DOA YANG PENUH DENGAN KATA-KATA PUJIAN DENGAN TUJUAN MEMBAWA KEUNTUNGAN DAN MENJAUHKAN BENCANA
    • MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR ATAU UNGKAPAN MAGIS YANG DIGUNAKAN DALAM UPACARA-UPACARA TERTENTU SERTA BERSIFAT KUDUS ATAU MENYELAMI SOAL-SOAL KEBATINAN


    DARI SEGI BAHASA:


    • MENGANDUNGI KATA-KATA YANG TERDAPAT KESAN GAMBARAN (IMEJ) YANG TERTENTU SEPERTI GAMBARAN ALAM SEMULAJADI, BENDA-BENDA, TINGKAH LAKU ATAU PERBUATAN, PERASAAN ATAU SENTUHAN, BUNYI ATAU PENDENGARAN
    • KAYA DENGAN BAHASA PERBANDINGAN, KATA-KATA KIASAN ATAU KIASAN BAHASA DAN METAFORA


    JENIS MANTERA 



    • PERUBATAN
    • PAKAIAN DIRI
    • PEKERJAAN
    • ADAT ISTIADAT



    FUNGSI


    • Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.

    • Boleh dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci
    •  Digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

    CONTOH
    MANTERA ULIK MAYANG

    Aku tahu asal usulmu,
    Seri Bersila nama asalmu,
    Seri Berdiri nama batangmu,
    Seri hidup asal usulmu,
    Seri Menempak nama daunmu,
    Seri Guntur nama bungamu,
    Seri Gintir nama buahmu.

    Aku tahu asal usulmu,
    Umbut mayang diumbut,
    Umbut dengan jala jemala,
    Ulit mayang diulit,
    Ulit dengan tuan puteri,
    Puteri dua berbaju serong,
    Puteri dua bersanggul serong,
    Puteri dua bersubang gading,
    Puteri dua berselendang kuning.

    Umbut mayang diumbut,
    Umbut dengan jala jemala,
    Ulit mayang diulit,
    Ulit dengan  puterinya empat,
    Puteri dua berbaju serong,
    Puteri dua bersanggul serong,
    Puteri dua bersubang gading,
    Puteri dua berselendang kuning.

    Umbut mayang diumbut,
    Umbut dengan jala jemala,
    Ulit mayang diulit,
    Ulit dengan puterinya enam,
    Puteri dua berbaju serong,
    Puteri dua bersanggul serong,
    Puteri dua bersubang gading,
    Puteri dua berselendang kuning.

    Umbut mayang diumbut,
    Umbut dengan jala jemala,
    Ulit mayang diulit,
    Ulit dengan puterinya tujuh,
    Puteri dua berbaju serong,
    Puteri dua bersanggul serong,
    Puteri dua bersubang gading,
    Puteri dua berselendang kuning.

    Ulit mayang diulit,
    Ulit dengan jala jemala,
    Ulit mayang diulit,
    Ulit dengan  tuan puteri,
    Kutahu asal usulmu,
    Yang laut pulang ke laut,
    Yang darat pulang ke darat,
    Nasi berwarna hamba sembahkan.

    Umbut mayang diumbut,
    Umbut dengan jala jemala,
    Pulih mayang kupulih,
    Pulih balik sedia kala.

      Saturday, 14 July 2012

      TALIBUN

      DEFINISI

          Sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di hujungnya. Talibun mempunyai beberapa persamaan dengan teromba  dari segi rima dan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan prosa lirik atau prosa berirama.


         Walau bagaimanapun, talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerana talibun merupakan sebahagian sahaja daripada cerita yang diambil prosa lirik.


         Talibun mengungkap persoalan yang pelbagai bergantung kepada konteks cerita induknya.Lazim isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek; seperti senjata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam, perasaan, dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.




      FUNGSI

      • SEBAGAI SISIPAN DI DALAM SESEBUAH LIPUR LARA
      • MENJELASKAN SESUATU PERKARA
      • SEBAGAI PEMERIAN KEPADA CERITA BERKENAAN DAN MEMPERJELASKAN PELUKISAN TERSEBUT



      CIRI-CIRI

      • MERUPAKAN SEJENIS PUISI BEBAS
      • TERDAPAT BEBERAPA BARIS DALAM RANGKAP UNTUK MENJELASKAN PEMERIAN
      • ISINYA BERDASARKAN SESUATU PERKARA DICERITAKAN SECARA TERPERINCI
      • TIADA MEMPUNYAI PEMBAYANG,SETIAP RANGKAP DAPAT MENJELASKAN KESELURUHAN CERITA
      • STRUKTUR TALIBUN BERBENTUK BEBAS IAITU DALAM SERANGKAP TIDAK MEMPUNYAI JUMLAH BARIS,JUMLAH PERKATAAN DAN JUMLAH SUKU KATA YANG SEIMBANG..TALIBUN JUGA TIDAK MEMPUNYAI RIMA BEBAS
      • DALAM SESUATU UNTAI TALIBUN,MUNGKIN TERDAPAT SISIPAN DARIPADA GENRE PUISI YANG LAIN SEPERTI PANTUN,SYAIR DAN SEBAGAINYA,TETAPI TERNYATA SISIPAN INI DIANGGAP SEBAHAGIAN DARIPADA RANGKAP TALIBUN
      • ISI/TEMA BERHUBUNG DENGAN PEMERIAN YANG DILUKISKAN DI DALAM SESEBUAH KONTEKS. MISALNYA UNTUK MEMERIKAN ATAU KESAKTIAN SEJENIS SENJATA DAN UNSUR-UNSUR DI DALAM SESEBUAH CERITA
      • PENGGUNAAN BAHASA PERULANGAN DI SELURUH PUISI


      TEMA

      • MENGISAHKAN KEBESARAN/KEHEBATAN SESUATU TEMPAT
      • MENGISAHKAN KEAJAIBAN SESUATU BENDA/PERISTIWA
      • MENGISAHKAN KEHEBATAN/KECANTIKAN SESORANG
      • MENGISAHKAN KELAKUAN DAN SIKAP MANUSIA


      CONTOH

      Panakik pisau siraut
      Ambil galah batang lintabung
      Silodang ambil untuk niru
      Yang setitik jadikan laut
      Yang sekapal jadikan gunung
      Alam terkembang jadikan guru
      (Panghulu, 1978:2) 


        GURINDAM

        DEFINISI

           Gurindam ialah 1 bentuk puisi melayu yang terdiri daripada 2 baris yang berpasangan, bersajak atau berirama & memberi idea yang lengkap atau sempurna dalam pasangannya. Baris pertama gurindam dipanggil syarat dan baris kedua dipanggil jawab.




        FUNGSI

        • PENDIDIKAN
        • HIBURAN
        • DOKUMENTASI GAMBARAN MASYARAKAT 
        • MEDIA KOMUNIKASI




        CIRI-CIRI

        • BERANGKAP
        • ADA BENTUK TERIKAT DAN BENTUK BEBAS
        • BENTUK TERIKAT MEMPUNYAI RIMA AKHIR TERIKAT
        • BENTUK TERIKAT MEMPUNYAI DUA BARIS SERANGKAP
        • BENTUK TERIKAT MEMPUNYAI BARIS PERTAMA SEBAGAI SYARAT/SOALAN BARIS KEDUA MERUPAKAN ISI/JAWAPAN
        • BENTUK TERIKAT JUMLAH PERKATAAN SEBARIS DI ANTARA 2 HINGGA 6
        • BENTUK TERIKAT JUMLAH SUKU KATA SEBARIS DI ANTARA 8 HINGGA 14
        • BENTUK BEBAS MEMPUNYAI SATU RANGKAP
        • BENTUK BEBAS SEMUA BARIS MERUPAKAN ISI/MAKSUD/SAMPIRAN
        • BENTUK BEBAS JUMLAH BARIS SERANGKAP BEBAS
        • BENTUK BEBAS RIMA AKHIR BEBAS
        • BENTUK BEBAS JUMLAH PERKATAAN SEBARIS TIDAK SAMA BANYAK
        • DILAFAZKAN SECARA BERLAGU
        • ADA JEDA/HENTIAN SEMENTARA DI TENGAH BARIS
        • ISI GURINDAM BERSIFAT OBJEKTIF/TIADA UNSUR JENAKA
        • ISI GURINDAM BERUNSUR NASIHAT/PENGAJARAN/KEAGAMAAN/TEGURAN


          JENIS
          • GURINDAM BERBENTUK BEBAS
          • GURINDAM BERBENTUK TERIKAT

          CONTOH


          GURINDAM TONGGAK DUA BELAS


          Hendak pandai menghargai masa,
          Jangan dinanti esok lusa.
          Ketekunan akan membawa kejayaan,
          Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
          Wajah ceria keseronokkan bekerja,
          Usah berduka bermuram durja.
          Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
          Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.
          Ketinggian peribadi jadi amalan,
          Ketelusan hati jadi bekalan.
          Kekuatan sifat baik hati,
          Bertimbang rasa dan bersimpati.



          Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
          Baik buruk jadikan sempadan.
          Menjadi kewajipan menjalankan tugas,
          Walaupun sederhana tetapi tegas.
          Kebijaksanaan berhemah perlu diutama,
          Tidak membazir teliti saksama.
          Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
          Perkara susah menjadi senang.
          Peningkatan bakat diberi sokongan,
          Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
          Nikmat mencipta budaya kreatif,
          Kembangkan bakat semoga aktif.

          Sunday, 3 June 2012

          SELOKA

          DEFINISI

          Seloka bermaksud berasal daripada perkataan sanskrit shloka.Dalam bahasa melayu seloka. seloka bererti seloroh,berjenaka atau menyindir.Seloka dipercayai datang ke alam melayu bersama -sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terkawal yang ditulis dalam bentuk seloka.Mengikut Zaaba, seloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap. Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll)




          FUNGSI SELOKA

          • MENYINDIR.
          • MENGEJEK.
          • BERJENAKA.



          CIRI-CIRI SELOKA

          • SEJENIS PUISI BEBAS.
          • RANGKAPNYA TIDAK TETAP.
          • TIDAK TETAP JUMLAH BARIS SERANGKAP.
          • TIDAK TETAP JUMLAH PERKATAAN SEBARIS.
          • ADA YANG BERIRAMA DAN ADA YANG TIDAK BERIRAMA.



          CONTOH SELOKA


          SELOKA SI LUNCAI




                    Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
                    Ada rumah tidak dijaga,
                    Ada anak tidak dilatih,
                    Ada ternakan tidak dibela,
                    Ada kebun tidak ditanam,
                    Ada cerdik tidak selidik,
                    Ada belajar kepalang ajar,
                    Ada mengaji tiada mengkaji,
                    Ada mata tiada kuasa,
                    Ada kuat tiada buat,
                    Biarkan, biarkan ...!
                    Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.




          MAKSUD SELOKA SI LUNCAI

          Secara amnya, Si Luncai memiliki begitu banyak kelebihan dan peluang, tetapi tidak pernah cuba memanfaatkan semuanya. Seawal baris pertama lagi seloka telah menegaskan sikap Si Luncai yang tiada wawasan, tiada kesungguhan dan tiada keinginan memajukan sumber yang dimiliki. Sebaliknya bagi Si Luncai hanyalah "biarkan, biarkan ..", iaitu mensesiakan segala kelebihan dan peluang begitu sahaja.

          Terdapat sembilan perkara yang Luncai ada, tetapi semuanya tidak dimanfaatkan, atau tiada tindakan susulan, termasuk:

             1   Rumah tidak dijaga:  kediaman yang tidak terurus sebagaimana layaknya

             2   Anak tidak dilatih:  anak juga terbiar tanpa latihan, maknanya terdedah kepada kejahilan

             3   Ternakan tidak dibela:  binatang ternak dilepaskan tanpa pengawasan dan perancangan

             4   Kebun tidak ditanam:  kebun terbiar tanpa diusahakan

             5   Cerdik tidak selidik:  Kepintaran tidak diserlahkan dalam keperibadian dan tindakan

             6   Belajar kepalang ajar:  Menuntut ilmu secara sambil lewa

             7   Mengaji tiada mengkaji:  Memiliki ilmu, tetapi tidak pernah nampak natijah / impak / implikasi / kesan

             8   Mata tiada kuasa:  Melihat dengan pandangan kosong, tidak nampak peluang yang muncul

             9   Kuat tiada buat:  Tenaga tidak digunakan (dimobilisasi) ke arah kebaikan

          Pada baris ke-11, sekali lagi sikap "biarkan, biarkan...!" Si Luncai diulang supaya pembaca yang mungkin sudah berasa geram dan kesal akan kembali ke garisan mula tentang sikap tegar Si Luncai yang perlu mereka jauhi dan buang jauh-jauh daripada menjadi stigma dalam diri masing-masing. Sikap tidak kisah Si Luncai disimpulkan dengan lambang tindakannya terjun dengan labu-labunya. Dalam kata lain, sikap yang demikian bukan sahaja membazirkan kelebihan, peluang dan sumber yang dimiliki, bahkan menjerumuskan seseorang ke dalam kancah kebinasaan dan kemusnahan diri.

          Saturday, 2 June 2012

          SYAIR

          DEFINISI



            Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Setiap rangkap dalam syair mengandungi sebanyak 4 baris dan kesemuanya membawa makna isi dan maksud yang ingin disaampaikan. Keempat-empat baris tersebut berirama sama.

               Selain itu, syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Ia dianggapkan milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

              Di samping itu, syair juga  membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

              Syair juga sering membawa makna isi yang behubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau dongen.




          FUNGSI SYAIR

          • SEBAGAI SUMBER ILMU PENGETAHUAN.
          • SEBAGAI SUMBER HIBURAN.
          • SEBAGAI SUMBER MENGISI MASA LAPANG.
          • SEBAGAI SUMBER DAKWAH/PENYEBARAN AGAMA ISLAM.
          • SEBAGAI SUMBER NASIHAT/PENGAJARAN/MEMBERI KESEDARAN/KEINSAFAN.
          • SEBAGAI SUMBER SEJARAH DAN BUDAYA.
          • SEBAGAI MEDIA KOMUNIKASI DALAM MASYARAKAT.


            CIRI-CIRI SYAIR
            • BERANGKAP.
            • BENTUK TERIKAT.
            • EMPAT BARIS SATU RANGKAP.
            • KESEMUA BARIS IALAH MAKSUD/ISI/SAMPIRAN.
            • RIMA AKHIR TERIKAT/SAMA/ AAAA BAGI SETIAP RANGKAP.
            • JUMLAH BILANGAN PERKATAAN SEBARIS DI ANTARA 4 HINGGA 5.
            • JUMLAH BILANGAN SUKU KATA SEBARIS DI ANTARA 8 HINGGA 12.
            • DILAFAZKAN SECARA BERLAGU.
            • SETIAP RANGKAP TIDAK BOLEH BERDIRI SENDIRI.
            • DI ANTARA SATU RANGKAP DENGAN RANGKAP LAIN ADA PERTALIAN MAKSUD.


              CONTOH SYAIR

              SYAIR ABDUL MULUK



              Berhentilah kisah raja Hindustan
              Tersebutlah pula suatu perkataan
              Abdul Hamid Syah Paduka Sultan
              Duduklah Baginda bersuka-sukaan

              Abdul Muluk putera Baginda
              Besarlah sudah bangsa muda
              Cantik menjelis usulnya syahda
              Tiga belas tahun umurnya ada

              Parasnya elok amat sempurna
              Petak majelis bijak laksana
              Memberi hati bimbang gulana
              Kasih kepadanya mulia dan hina

              Wednesday, 30 May 2012

              PANTUN



              MAKSUD PANTUN
              PANTUN DAPAT DIDEFINISIKAN SEBAGAI "SEJENIS PUISI LAMA YANG TERDIRI DARIPADA EMPAT BARIS DALAM TIAP-TIAP RANGKAP" (KAMUS DEWAN:813) ATAU "SAJAK PENDEK,TIAP-TIAP KUPLET BIASANYA EMPAT BARIS (ABAB) DAN DUA BARIS YANG DAHULU BIASANYA UNTUK TUMPUAN SAHAJA" (KAMUS UMUM BAHASA INDONESIA: 710).


              FUNGSI PANTUN

              • DIGUNAKAN DALAM AKTIVITI MASYARAKAT SEPERTI DALAM KEGIATAN SENI, KEAGAMAAN DAN ADAT ISTIADAT.
              • SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI UNTUK MENYAMPAIKAN  ISI HATI DAN HAJAT, SEPERTI SANJUNGAN,PEMUJAAN DAN UCAPAN SELAMAT KEPADA SESEORANG DALAM SESUATU UPACARA ATAU MAJLIS RASMI.
              • SEBAGAI ALAT HIBURAN DAN BAHAN JENAKA SERTA GURAU SENDA, TERUTAMANYA PANTUN JENAKA DAN PANTUN USIK MENGUSIK SERTA PANTUN DALAM PERMAINAN.
              • SEBAGAI ALAT PENDIDIKAN SAMA ADA SECARA MENYINDIR,KIASAN ATAU BERTERUS TERANG.
              • SEBAGAI ALAT BAGI MENGUJI KETAJAMAN AKAL DAN KEHALUSAN PERASAAN SEPERTI PANTUN TEKA-TEKI, PANTUN PERIBAHASA DAN PANTUN YANG TERDAPAT DALAM PUISI ADAT ATAU TEROMBA.
              • SEBAGAI ALAT UNTUK MENDAPATKAN GAMBARAN MINDA DAN PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU, PANDANGAN HIDUP, HARAPAN, CITA-CITA, DAYA ESTETIK DAN PERSPEKTIF MEREKA SELURUHNYA.



              CIRI-CIRI PANTUN

              • MENGANDUNGI 4 KERAT/BARIS.
              • JUMLAH PERKATAAN DALAM SEBARIS ANTARA 4-5 PATAH PERKATAAN.
              • JUMLAH SUKU KATA SEBARIS ANTARA 8-12 SUKU KATA.
              • ADA HUBUNGAN ANTARA PEMBAYANG (2 BARIS DI ATAS) DAN MAKSUD (2 BARIS DI BAWAH).
              • BUNYI RIMA AKHIR SEUNTAI PANTUN ITU MESTILAH SAMA (A,B,A,B,).
              • MAKSUD ISINYA SARAT DENGAN PENGAJARAN,MORAL DAN FALSAFAH HIDUP.



              JENIS PANTUN

              • DUA KERAT
              • EMPAT KERAT (TEKA-TEKI, JENAKA, KASIH SAYANG, NASIHAT, BUDI, NASIB, PERANTAU, ADAT, KEPAHLAWANAN, PERIBAHASA, KIAS DAN IBARAT, AGAMA, KANAK-KANAK)
              • ENAM KERAT
              • LAPAN KERAT
              • SEPULUH KERAT
              • DUA BELAS KERAT
              • PANTUN BERKAIT


              CONTOH PANTUN

              BUAH MENGKUDU KUSANGKA KANDIS,
              KANDIS TERLETAK DALAM PUAN,
              GULA MADU KUSANGKA MANIS,
              MANIS LAGI SENYUMAN TUAN.

              Sunday, 27 May 2012

              Pembuka Bicara

              Assalamualaikum..Err sebenarnya ni pertama kali saya membuat blog..Fuhh berpeluh juga la buat benda ni..Setakat ini saja yang saya mampu buat..Maklum la amatur lagi..Nasib baik la ada sifu yang sudi memberi tunjuk ajar iaitu Nor Fadzlinda..Sekarang ni dah maju hantar kerja rumah pun melalui blog tak payah membazir kertas dan dakwat pen cuma membazir elektrik la pulak..HAHAHAHA..Tapi tak apa membazir kearah kebaikan..Isi dalam blog ni cuma pasal kesusasteraan melayu sahaja bukan pasal kisah hidup ka apa ka naa..Kepada sesiapa yang nak ambil isi dalam blog ni ambil la..Sama-sama berkongsi ilmu..Dapat pahala kot..Sampai disini sajalah intro..Tak larat nak taip panjang-panjang..Terima kasih kepada yg akan membaca blog ini..Kalau ada salah silap tegur ye! Sekian,terima kasih..*tepukan dan balingan bunga haha