Saturday, 2 June 2012

SYAIR

DEFINISI



  Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Setiap rangkap dalam syair mengandungi sebanyak 4 baris dan kesemuanya membawa makna isi dan maksud yang ingin disaampaikan. Keempat-empat baris tersebut berirama sama.

     Selain itu, syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Ia dianggapkan milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

    Di samping itu, syair juga  membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

    Syair juga sering membawa makna isi yang behubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau dongen.




FUNGSI SYAIR

  • SEBAGAI SUMBER ILMU PENGETAHUAN.
  • SEBAGAI SUMBER HIBURAN.
  • SEBAGAI SUMBER MENGISI MASA LAPANG.
  • SEBAGAI SUMBER DAKWAH/PENYEBARAN AGAMA ISLAM.
  • SEBAGAI SUMBER NASIHAT/PENGAJARAN/MEMBERI KESEDARAN/KEINSAFAN.
  • SEBAGAI SUMBER SEJARAH DAN BUDAYA.
  • SEBAGAI MEDIA KOMUNIKASI DALAM MASYARAKAT.


    CIRI-CIRI SYAIR
    • BERANGKAP.
    • BENTUK TERIKAT.
    • EMPAT BARIS SATU RANGKAP.
    • KESEMUA BARIS IALAH MAKSUD/ISI/SAMPIRAN.
    • RIMA AKHIR TERIKAT/SAMA/ AAAA BAGI SETIAP RANGKAP.
    • JUMLAH BILANGAN PERKATAAN SEBARIS DI ANTARA 4 HINGGA 5.
    • JUMLAH BILANGAN SUKU KATA SEBARIS DI ANTARA 8 HINGGA 12.
    • DILAFAZKAN SECARA BERLAGU.
    • SETIAP RANGKAP TIDAK BOLEH BERDIRI SENDIRI.
    • DI ANTARA SATU RANGKAP DENGAN RANGKAP LAIN ADA PERTALIAN MAKSUD.


      CONTOH SYAIR

      SYAIR ABDUL MULUK



      Berhentilah kisah raja Hindustan
      Tersebutlah pula suatu perkataan
      Abdul Hamid Syah Paduka Sultan
      Duduklah Baginda bersuka-sukaan

      Abdul Muluk putera Baginda
      Besarlah sudah bangsa muda
      Cantik menjelis usulnya syahda
      Tiga belas tahun umurnya ada

      Parasnya elok amat sempurna
      Petak majelis bijak laksana
      Memberi hati bimbang gulana
      Kasih kepadanya mulia dan hina

      No comments:

      Post a Comment