Seloka bermaksud berasal daripada perkataan sanskrit shloka.Dalam bahasa melayu seloka. seloka bererti seloroh,berjenaka atau menyindir.Seloka dipercayai datang ke alam melayu bersama -sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terkawal yang ditulis dalam bentuk seloka.Mengikut Zaaba, seloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap. Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll)
FUNGSI SELOKA
- MENYINDIR.
- MENGEJEK.
- BERJENAKA.
CIRI-CIRI SELOKA
- SEJENIS PUISI BEBAS.
- RANGKAPNYA TIDAK TETAP.
- TIDAK TETAP JUMLAH BARIS SERANGKAP.
- TIDAK TETAP JUMLAH PERKATAAN SEBARIS.
- ADA YANG BERIRAMA DAN ADA YANG TIDAK BERIRAMA.
CONTOH SELOKA
SELOKA SI LUNCAI
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan ...!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
MAKSUD SELOKA SI LUNCAI
Secara amnya, Si Luncai memiliki begitu banyak kelebihan dan peluang, tetapi tidak pernah cuba memanfaatkan semuanya. Seawal baris pertama lagi seloka telah menegaskan sikap Si Luncai yang tiada wawasan, tiada kesungguhan dan tiada keinginan memajukan sumber yang dimiliki. Sebaliknya bagi Si Luncai hanyalah "biarkan, biarkan ..", iaitu mensesiakan segala kelebihan dan peluang begitu sahaja.
Terdapat sembilan perkara yang Luncai ada, tetapi semuanya tidak dimanfaatkan, atau tiada tindakan susulan, termasuk:
1 Rumah tidak dijaga: kediaman yang tidak terurus sebagaimana layaknya
2 Anak tidak dilatih: anak juga terbiar tanpa latihan, maknanya terdedah kepada kejahilan
3 Ternakan tidak dibela: binatang ternak dilepaskan tanpa pengawasan dan perancangan
4 Kebun tidak ditanam: kebun terbiar tanpa diusahakan
5 Cerdik tidak selidik: Kepintaran tidak diserlahkan dalam keperibadian dan tindakan
6 Belajar kepalang ajar: Menuntut ilmu secara sambil lewa
7 Mengaji tiada mengkaji: Memiliki ilmu, tetapi tidak pernah nampak natijah / impak / implikasi / kesan
8 Mata tiada kuasa: Melihat dengan pandangan kosong, tidak nampak peluang yang muncul
9 Kuat tiada buat: Tenaga tidak digunakan (dimobilisasi) ke arah kebaikan

Pada baris ke-11, sekali lagi sikap "biarkan, biarkan...!" Si Luncai diulang supaya pembaca yang mungkin sudah berasa geram dan kesal akan kembali ke garisan mula tentang sikap tegar Si Luncai yang perlu mereka jauhi dan buang jauh-jauh daripada menjadi stigma dalam diri masing-masing. Sikap tidak kisah Si Luncai disimpulkan dengan lambang tindakannya terjun dengan labu-labunya. Dalam kata lain, sikap yang demikian bukan sahaja membazirkan kelebihan, peluang dan sumber yang dimiliki, bahkan menjerumuskan seseorang ke dalam kancah kebinasaan dan kemusnahan diri.